X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: SMK Simpang Bekoh ditutup tujuh hari

SMK Simpang Bekoh di sini diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini susulan terdapat ibu bapa pelajar di sekolah itu disahkan positif Covid-19. Gambar hiasan.
A
A

JASIN - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Bekoh di sini diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini susulan terdapat ibu bapa pelajar di sekolah itu disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi Melaka, Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, penutupan sekolah itu sehingga 25 Oktober ini bagi membolehkan kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka.

"Arahan penutupan sekolah yang mempunyai kira-kira 700 pelajar itu dikeluarkan Jabatan Pendidikan Melaka.

"Saya dimaklumkan bahawa keputusan ujian calitan saringan Covid-19 terhadap kesemua pelajar di sekolah itu belum diketahui sama ada positif atau negatif," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khamis lalu, media melaporkan dua sekolah di Alor Gajah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Berembang dan SMK Lubok China diarah tutup selama tujuh hari bermula 15 Oktober lalu susulan dua beradik yang belajar di dua sekolah berkenaan disahkan positif Covid-19. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!