Peniaga kosmetik cedera kena ragut

Gambar mangsa cedera akibat diragut penjenayah di Cheras Traders, tular di laman sosial.
Gambar mangsa cedera akibat diragut penjenayah di Cheras Traders, tular di laman sosial.
A
A
A

KAJANG - Seorang peniaga kosmetik menjadi mangsa ragut dalam satu kejadian berhampiran sebuah restoran di Dataran Cheras 2, Cheras Traders di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, wanita warga Thailand berusia 29 tahun itu mendakwa beg silangnya telah diragut seorang lelaki yang menunggang motosikal.

"Suspek telah meragut beg silang sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan terseret.

"Beg silang mangsa mengandungi sejumlah wang tunai, dokumen peribadi dan juga dua unit telefon bimbit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nurfaezatul Akma Rofiee di talian 017-5443931 atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: