X

Kindly register in order to view this article
!

Dua kenderaan terbakar, enam nyaris rentung

Kereta jenis Proton Saga BLM yang terbakar dalam kemalangan di Kilometer 74.2 Lebuhraya Utara Selatan di sini malam tadi.
A
A

GURUN - Enam individu termasuk penunggang motosikal terselamat selepas dua kenderaan terbakar dalam kemalangan di Kilometer 74.2 Lebuhraya Utara Selatan di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda EX-5 ditunggang remaja perempuan berusia 17 tahun dan sebuah kereta jenis Proton Saga BLM dipandu lelaki berusia 34 tahun dengan empat penumpang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, siasatan awal mendapati penunggang motosikal berada di lorong kecemasan terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelah kiri sebelum terjatuh di lorong kiri.

"Dalam masa sama, kereta dipandu lelaki dari Arau, Perlis itu bergerak di lorong kiri tidak sempat mengelak dan terlanggar motosikal remaja itu yang dalam keadaan terbalik di lorong kiri.

"Akibat kemalangan itu, dua kenderaan terbakar dan remaja perempuan yang cedera di lutut dan muka dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), manakala pemandu kereta itu tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) dan siasatan lanjut diteruskan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 10.17 malam.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Sezali Hassan tiba jam 10.33 malam.

"Setiba di lokasi kejadian, kita mendapati sebuah motosikal jenis Honda EX-5 dan sebuah kenderaan jenis Proton Saga BLM telah terbakar selepas kedua-dua kenderaan terbabit dalam kemalangan.

"Anggota BBP Guar Chempedak memadam dua kenderaan yang terbakar kira-kira 95 peratus menggunakan aliran air sebelum api dipadamkan sepenuhnya selepas itu," katanya dalam kenyataan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!