Empat rumah dikenakan PKPD pentadbiran

Empat buah rumah di kawasan Mukim Tintian Bintangor, di sini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pentadbiran bermula jam 4 petang hari ini. Gambar hiasan
Empat buah rumah di kawasan Mukim Tintian Bintangor, di sini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pentadbiran bermula jam 4 petang hari ini. Gambar hiasan
A
A
A

REMBAU – Empat buah rumah di kawasan Mukim Tintian Bintangor, di sini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pentadbiran bermula jam 4 petang hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Rembau, Mohamad Najib Mustafa berkata, arahan itu dibuat selepas seramai 10 individu dikesan mempunyai kontak rapat dengan pesakit koronavirus (Covid-19) di daerah ini.

"Kesemua individu berkenaan sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan dipakaikan gelang berwarna pink dan perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

"Prosedur ini terpaksa dilakukan bagi memastikan pihak yang terlibat tidak meninggalkan rumah sementara menunggu keputusan saringan. Kita telah membuat keputusan untuk melaksanakan PKPD pentadbiran di empat buah rumah itu," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Bagaimanapun katanya, masyarakat di Rembau dinasihatkan tidak panik dan paling penting terus mengamalkan langkah-langkah keselamatan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Beliau berkata, arahan PKPD pentadbiran itu dilakukan bagi memastikan tidak berlaku penularan Covid-19 di daerah berkenaan kerana jumlah kes yang semakin meningkat di negara ini.

"Jangan keluar rumah jika tidak perlu. Duduk di rumah merupakan langkah terbaik dan paling selamat ketika ini," katanya.

Artikel Berkaitan: