'Politik negara tidak menentu walaupun Anwar jadi PM'

DR MAHATHIR
DR MAHATHIR
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meragui Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baharu dan menjadi Perdana Menteri.

Dr Mahathir dalam wawancara bersama Reuters hari ini berkata, sekiranya Anwar berjaya berbuat demikian, Malaysia akan terus berada dalam ketidaktentuan politik.

Malah, menurut beliau, meskipun dengan kepimpinan baharu itu, Malaysia tetap terdedah kepada peralihan pakatan politik terutama oleh UMNO.

"Jadi situasinya sangat tidak menentu. Bagaimanapun, akan ada situasi di mana tidak ada kerajaan di negara ini," katanya.

Ahli Parlimen Langkawi itu turut menyatakan pendiriannya yang tidak menyokong Anwar dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

ARTIKEL BERKAITAN Anwar mohon Agong sahkan senarai majoriti ahli Parlimen

Menurutnya, beliau menolak dakwaan Anwar mempunyai majoriti sokongan ahli Parlimen mencukupi untuk menubuhkan kerajaan baharu.

“Inilah perkara yang Anwar suka cakap. Sudah tiga kali dia dakwa mempunyai sokongan untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi akhirnya dia didapati tidak mempunyai sokongan itu,” katanya.

Sementara itu, menurut laporan Reuters, pejabat Anwar tidak memberi respons segera terhadap permintaan agensi berkenaan bagi mendapatkan komen berhubung perkara tersebut.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN UMNO timbang tarik diri sokong PN