Akram bangkit dari kritikan


Akram menganggap kritikan dan tomahan motivasi buat dirinya.
Akram menganggap kritikan dan tomahan motivasi buat dirinya.
A
A
A
DITURUNKAN selaku kesebelasan utama pada aksi peringkat kumpulan, Muhammad Akram Mahinan mengambil pendekatan positif mengenai kiritan dan tomahan peminat ke atas dirinya dengan bangkit memperbaiki corak permainan.

Enggan memandang ke belakang dan tidak menyalahkan peminat yang mempunyai hak untuk menyatakan pandangan, Akram mengakui masih banyak perlu diperbaikinya khusunya menjelang aksi separuh akhir nanti.

"Tiada masalah dengan komen dari penyokong, saya ambilnya sebagai motivasi untuk memberikan aksi terbaik setiap kali diturunkan jurulatih. Komen ini menaikkan semangat dan keyakinan saya untuk terus memperbaiki kelemahan dan kekurangan.

"Untuk aksi menentang Myanmar Sabtu lalu, kami semua berjaya melaksanakan tugas mengikut perancangan jurulatih," jelasnya.

Mengulas perlawanan menentang Thailand pada aksi separuh akhir pertama Sabtu ini, Akram melihat ia aksi sengit dan rentak perlawanan pastinya berbeza.
Artikel Berkaitan:


"Kami mengharapkan empat perlawanan peringkat kumpulan akan memberikan pengalaman dan masa untuk mengetahui kelemahan masing-masing. Rentak perlawanan pasti berbeza begitu juga dengan suasana.

"Buat masa ini kami semua perlu fokus dan mengikuti perancangan jurulatih. Perlawanan ini bukan mudah dan kami perlu memberikan tumpuan sepenuhnya semasa latihan," tegasnya.

Beraksi dibahagian tengah bertahan, Akram mendapat kritikan dari peminat selepas aksi menentang Vietnam dimana Malaysia tewas 0-2 sebelum pemain Kedah yang diintai beberapa pasukan Lembah Klang ini kembali bangkit memperkemaskan corak permaianan pada aksi menentang Myanmar, Sabtu lalu.