X

Kindly register in order to view this article
!

Maszlee sahkan lima MP Pejuang bawa usul tidak percaya kepada PM

Maszlee mengesahkan lima ahli Parlimen Pejuang sudah menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Maszlee Malik mengesahkan lima ahli Parlimen dari parti itu termasuk beliau memutuskan untuk membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, keputusan itu diambil kerana kegagalan Muhyiddin mentadbir kerajaan sewaktu pandemik koronavirus (Covid-19) dan juga keraguan terhadap bilangan majoriti yang dipunyai oleh beliau.

"Kelima-lima ahli Prlimen Pejuang yang telah menghantar usul undi tidak percaya tersebut kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah Ahli Parlimen Langkawi, Ahli Parlimen Jerlun, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Ahli Parlimen Kubang Pasu dan Ahli Parlimen Seri Gading," katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi Pejuang hari ini.

Amiruddin memaklumkan di Twitternya sudah menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat  untuk membawa undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Amiruddin memaklumkan di Twitternya sudah menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk membawa undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah menerusi Twitter memberitahu, beliau telah menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkenaan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertarikh 15 Oktober 2020 untuk sesi sidang Parlimen yang akan datang.

"Usaha ini adalah demi menjunjung prinsip mengembalikan mandat rakyat dalam PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) dan solidariti atas sebuah kerajaan yang tidak kompeten dan stabil.

"Bagaikan telur di hujung tanduk," ciapnya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima lagi Ahli Parlimen hantar surat mohon usul undi tak percaya


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!