Mesyuarat MKT UMNO esok ditangguh ke Selasa

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
A
A
A

PONTIAN - UMNO menangguhkan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu yang dijadualkan berlangsung esok ke Selasa depan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat pada Selasa depan akan dilakukan secara bersemuka dan bukannya secara video selepas mengambil kira kehendak ahli MKT.

"Sepatutnya esok mesyuarat secara video tetapi mesyuarat MKT tidak sesuai buat secara video dan ada yang mahu dilakukan secara bersemuka.

"Mesyuarat MKT akan dibuat di Pahang tetapi lokasinya saya tidak dapat dedahkan dulu," katanya ketika ditemui di Benut di sini hari ini.

Ahli Parlimen Pontian itu menjelaskan mesyuarat terbabit perlu diadakan di luar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang dilaksanakan di kawasan berkenaan.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO dijadualkan Sabtu ini akan diadakan secara dalam talian berikutan koronavirus (Covid- 19).

Mesyuarat itu dijangka membincangkan hasil keputusan Biro Politiknya yang dibuat pada Selasa lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO nafi adakan mesyuarat MKT petang ini

Artikel Berkaitan: