Bekas pegawai Tun M sahkan gambar tular diambil bulan lepas

Ciapan twitter Bekas Pegawai Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengesahkan pertemuan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah pada bulan lepas
Ciapan twitter Bekas Pegawai Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengesahkan pertemuan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah pada bulan lepas
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Pegawai Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan gambar bekas Perdana Menteri itu bersama Tengku Razaleigh Hamzah yang tular hari ini diambil bulan lepas.

Menurut ciapan akaun Twitter yang menggunakan nama Encik Adam Mukhriz, dia menjelaskan bahawa gambar tersebut diambil ketika Dr Mahathir dijemput untuk makan malam di kediaman Ahli Parlimen Gua Musang itu.

“Since gambar ni jadi viral hari ni, gambar ni diambil di kediaman Ku Li, kira kira sebulan lalu ketika Tun M dijemput untuk makan malam,” tulisnya.

Terdahulu, Penyelaras Parlimen Jasin Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memberitahu media bahawa gambar berkenaan diambil pada empat tahun lalu ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam kenyataan berkenaan, Khairuddin menafikan hantaran Facebook Kelab Che Det yang mendakwa gambar berkenaan diambil dalam tempoh sebulan yang lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ini gambar empat tahun lepas'

Artikel Berkaitan: