Hospital Medan ATM Tawau terima pasukan perubatan pertama

Hospital Medan ATM Medan Tawau akan menerima pasukan perubatan bagi penugasan di Tawau.
Hospital Medan ATM Medan Tawau akan menerima pasukan perubatan bagi penugasan di Tawau.
A
A
A

TAWAU - [DIKEMAS KINI] Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tawau menerima ketibaan pertama pasukan perubatan dari Batalion Pertama Perubatan yang berpangkalan di Kuching dan Kota Kinabalu.

Komander Hospital Medan ATM di Tawau, Kolonel Dr ShamsulBahary Muhamad berkata, pasukan itu adalah petugas perubatan pertama ATM yang hadir ke daerah ini bagi penugasan fasa pertama Hospital Medan ATM yang bertempat di Kompleks Sukan Tawau.

"Kehadiran petugas kesihatan Kor Kesihatan Diraja (KKD) dari Kuching dan Kota Kinabalu ini adalah bagi membantu Hospital Tawau dalam menangani pandemik koronavirus (Covid-19.

"Ketibaan empat pegawai dan 32 anggota lain-lain pangkat pada hari ini adalah dengan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) A400," katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

No Image Caption

Menurut beliau lagi, hospital itu akan menempatkan kompleks rawatan pesakit dalaman yang dijadualkan beroperasi Selasa depan.

"Bagi fasa pertama yang dijadualkan mulai beroperasi pada 20 Oktober ini, Hospital Medan ATM akan menempatkan kompleks rawatan pesakit dalaman dengan kapasiti 100 katil.

"Dengan adanya Hospital Medan ATM ini, ia mampu menyokong Hospital Tawau bagi merawat kes-kes bukan Covid 19 dan mempunyai kapasiti wad pesakit dalam berbagai disiplin seperti pembedahan, ortopedik, perubatan, kanak-kanak dan wanita," katanya.

Artikel Berkaitan:

Shamdulbahary berkata lagi, keupayaan hospital itu juga boleh dipertingkatkan bila-bila masa pada fasa seterusnya termasuk dewan bedah dan High Dependency Unit.