'Undi tidak percaya perlu jadi agenda utama demokrasi'

Kenyataan dimuat naik Hamid di Twitternya.
Kenyataan dimuat naik Hamid di Twitternya.
A
A
A

SHAH ALAM - Undi tidak percaya perlu menjadi agenda utama dalam demokrasi berparlimen kerana ia penting untuk pertahankan kesahihan pemerintah atau kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, ketidaktentuan politik boleh berlaku jika negara berterusan seperti keadaan ketika ini.

"Sekiranya berterusan seperti ini, ia akan menimbulkan ketidaktentuan politik.

"Ia tidak baik terutama apabila negara kini sedang berdepan dengan krisis ekonomi, kesihatan serta masalah pandemik koronavirus (Covid-19)," katanya di Twitter.

Terdahulu, tersebar surat dihantar Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 25 September lalu menggesa usul tidak percaya yang dikemukakan sebelum ini dibentangkan di Dewan Rakyat sebagai satu keutamaan pada persidangan akan datang.

Menerusi surat yang sama, beliau mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak dua kali enggan membenarkan usul itu dibahaskan dengan cara menyenarai di penghujung senarai perbahasan.

Katanya, perbahasan terhadap usul terhalang di samping pengundian terhadap Muhyiddin tidak dapat dilaksanakan Dewan Rakyat.

Artikel Berkaitan: