Permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat dalam talian

LHDN menyarankan permohonan baharu BPN 2.0 dibuat melalui dalam talian terutama bagi pemohon yang berada di kawasan pelaksanaan PKPB dan PKPD. - Foto 123RF
LHDN menyarankan permohonan baharu BPN 2.0 dibuat melalui dalam talian terutama bagi pemohon yang berada di kawasan pelaksanaan PKPB dan PKPD. - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyarankan permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dibuat melalui dalam talian terutama bagi pemohon yang berada di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Bahagian Komunikasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDM dalam kenyataannya hari ini menjelaskan saranan berkenaan dibuat bagi memastikan rantaian penularan wabak koronavirus (Covid-19) dapat diputuskan.

“Sebarang pertanyaan bagi permohonan baharu BPN 2.0, pemohon boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my/.

“Permohonan baharu boleh dibuat mula 15 Oktober sehingga 15 November 2020 dan penerima BPN tidak perlu mengemukakan permohonan semula sekiranya telah menerima bayaran sebelum ini,” katanya.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara itu boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line dan HASiL Live Chat serta borang maklum balas di portal rasmi LHDN.

Artikel Berkaitan: