Warga emas rentung, dua beranak terselamat

Dua rumah jenis satu tingkat musnah dalam kebakaran di Lorong Patuma 7, Rumah Murah Kapayan, Kota Kinabalu. - Foto JBPM Sabah
Dua rumah jenis satu tingkat musnah dalam kebakaran di Lorong Patuma 7, Rumah Murah Kapayan, Kota Kinabalu. - Foto JBPM Sabah
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang lelaki warga emas ditemui rentung manakala dua beranak termasuk seorang kanak-kanak lelaki melecur dalam kebakaran membabitkan dua rumah satu tingkat di Lorong Patuma 7, Rumah Murah Kapayan di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, mangsa Liew Han Chong berusia 65 tahun ditemukan rentung di dalam tandas tingkat atas salah sebuah rumah yang terbakar manakala dua lagi mangsa kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan ibunya, 32, sempat menyelamatkan diri.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.24 tengah malam.

Katanya, seramai 31 anggota bersama jentera dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian.

Kanak-kanak yang terselamat dalam kebakaran di Lorong Patuma 7, Rumah Murah Kapayan, Kota Kinabalu. - Foto JBPM Sabah
Kanak-kanak yang terselamat dalam kebakaran di Lorong Patuma 7, Rumah Murah Kapayan, Kota Kinabalu. - Foto JBPM Sabah

"Mangsa yang melecur diberi rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan susulan," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Tambahnya, api berjaya dikawal pada jam 1.28 tengah malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.56 pagi.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: