Wafaq pelaris ditemui di restoran

No Image Caption
A
A
A

PONTIAN - Sebuah restoran di daerah ini dikesan menggunakan paparan ayat Al-Quran bercampur nombor dan tulisan dikenali sebagai wafaq dipercayai bagi pelaris jualan.

Kegiatan menyalahi akidah itu terbongkar ketika operasi pemeriksaan halal membabitkan pelbagai agensi penguat kuasa di premis berkenaan, hari ini.

Pegawai Pemantauan dan Penguat Kuasa Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Nasri Selamat berkata, pihaknya mengarahkan paparan ayat di atas helaian aluminium yang digantung di kaunter bayaran itu diturunkan.

“Paparan ayat yang ditemui itu diserahkan kepada bahagian penyelidikan JAINJ untuk tindakan selanjutnya. Difahamkan, ada yang menggelarnya wafaq kerana jika lihat dari dekat terdapat nombor, huruf dan ayat-ayat yang diputuskan.

No Image Caption

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan juga mendapati wujud kesalahan baris dan huruf teks Al-Quran yang dipamerkan,” katanya.

Menurutnya, paparan ayat itu kemudian dirampas kerana dibimbangi boleh merosakkan akidah.

“Premis restoran yang terlibat itu sudah diarahkan menurunkan paparan teks Al-Quran itu serta merta dan perkara ini menjadi kesalahan di bawah Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986,” katanya.

Artikel Berkaitan: