Aman Central selamat dikunjungi

Aman Central
Aman Central
A
A
A

ALOR SETAR - Pusat beli-belah terkemuka di Kedah Aman Central di sini masih selamat dikunjungi pelanggan.

Eksekutif Kanan Pemasaran dan Komunikasi Aman Central, Hafizuddin Bahdun berkata, buat masa sekarang, tiada notis atau amaran oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk penutupan Aman Central.

Beliau berkata, Aman Central masih selamat dikunjungi dan keseluruhan kunjungan pengunjung ke pusat beli-belah itu masih dalam jumlah yang memuaskan.

"Kami menjalan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan ketat samada kepada kesemua pekerja mahupun pengunjung demi memastikan keselamatan semua apabila berkunjung ke Aman Central," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan pusat beli-belah One Utama Petaling Jaya ditutup sementara disebabkan tiga pekerja dan seorang pengunjung dijangkiti pandemik koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun, penutupan sementara pusat beli-belah One Utama tersebut tidak memberi kesan ketara kepada kehadiran pengunjung ke Aman Central di sini.

Artikel Berkaitan: