12 lelaki diberkas bantu siasat kes gaduh

PDRM
PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 12 lelaki diberkas selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan di sebuah bangunan di Jalan Imbi di sini awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian terbabit kira-kira jam 4.45 pagi sebelum sepasukan unit kereta peronda polis (MPV) diarah ke lokasi kejadian di tingkat lapan bangunan.

"Ketika anggota polis tiba di lokasi kejadian, dapati keadaan dalam keadaan berselerak, namun tiada suspek di lokasi.

"Susulan itu, bertindak hasil maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berjaya menahan 12 lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam pergaduhan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, semakan mendapati enam suspek memiliki pelbagai rekod jenayah lampau.

Katanya, siasatan awal pergaduhan dipercayai berpunca akibat salah faham, selain suspek yang berada dalam keadaan mabuk.

"Tiga suspek dilaporkan mengalami kecederaan di kepala dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan," katanya.

Tambahnya, kesemua suspek berusia 28 hingga 37 tahun itu akan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: