7 lokaliti, Penjara Pokok Sena dikenakan PKPD

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Penjara Pokok Sena, Kedah serta enam lokaliti di Semporna dan satu lokaliti di Kunak, Sabah dari 11 hingga 24 Oktober depan. Gambar hiasan
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Penjara Pokok Sena, Kedah serta enam lokaliti di Semporna dan satu lokaliti di Kunak, Sabah dari 11 hingga 24 Oktober depan. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Penjara Pokok Sena, Kedah serta enam lokaliti di Semporna dan satu lokaliti di Kunak, Sabah dari 11 hingga 24 Oktober depan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD di Penjara Pokok Sena turut melibatkan kuarters kakitangan dengan 3,262 tahanan serta 587 kakitangan manakala di Semporna dan Kunak melibatkan 35,643 penduduk.

“Sepanjang tempoh tersebut, sebarang pergerakan keluar masuk melibatkan kawasan ini termasuk lawatan oleh keluarga tahanan adalah tidak dibenarkan.

“Semua prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan adalah sama seperti di penjara lain yang telah ditetapkan dan pelaksanaan PKPD ini adalah bagi membendung penularan Covid-19 di kawasan tersebut selain membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan,” kata beliau dalam sidang akhbar secara maya dari kediamannya menerusi Facebook Kementerian Pertahanan hari ini.

Bagi pelaksanaan PKPD di Semporna dan Sabah, Ismail Sabri berkata, ia melibatkan tujuh lokaliti yang diklasifikasi sebagai zon merah iaitu enam di Semporna dan satu di Kunak.- Bernama

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: