Pasaran getah ditutup tinggi

Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, mengambil petunjuk daripada keuntungan di pasaran niaga hadapan getah serantau.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, mengambil petunjuk daripada keuntungan di pasaran niaga hadapan getah serantau.
A
A
A

PASARAN getah Malaysia ditutup tinggi, mengambil petunjuk daripada keuntungan di pasaran niaga hadapan getah serantau.

Prestasi menggalakkan ini disokong oleh keyakinan diperbaharui terhadap pakej rangsangan AS.

Presiden AS Donald Trump dalam Twitter semalam menyatakan bahawa beliau bersedia untuk menandatangani Stand Alone Bill bagi Cek Rangsangan sebanyak AS$1,200

Seorang peniaga berkata niaga hadapan getah Jepun turut melonjak ke paras tinggi dalam tempoh lima minggu hari ini kerana berita mengenai pakej rangsangan ini telah mendorong keyakinan pelabur dan meningkatkan kehendak risiko.

Selain itu, beliau berkata pasaran tempatan turut disokong oleh peningkatan harga minyak mentah Brent, yang mengukuh 1.21 peratus kepada AS$42.50 setong.

Bagaimanapun, keuntungan seterusnya telah dikekang oleh pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar AS.

Pada pukul 5 petang, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1520/1570 berbanding dolar AS daripada 4.1550/1600 ketika ditutup semalam.

Harga rujukan getah fizikal Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 meningkat dua sen kepada 579 sen sekilogram (kg) sementara lateks pukal naik dua sen kepada 513 sen sekilogram.

Artikel Berkaitan:

Pada pukul 5 petang, harga rujukan fizikal LGM untuk SMR 20 menokok setengah sen kepada 579.5 sen sekilogram manakala lateks pukal melonjak satu sen kepada 514 sen sekilogram.- Bernama