Polis siasat kes pukul remaja lelaki

Rakaman video tular berdurasi 30 saat memaparkan seorang remaja dipukul dua remaja lelaki di sebuah PPR, Isnin lalu.
Rakaman video tular berdurasi 30 saat memaparkan seorang remaja dipukul dua remaja lelaki di sebuah PPR, Isnin lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes video tular yang memaparkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dipukul dua remaja lelaki di Program Perumahan Rakyat (PPR) di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, mangsa yang merupakan seorang pelajar telah tampil ke Balai Polis Bukit Jalil untuk membuat laporan pada jam 11.50 pagi semalam.

"Mangsa mendakwa berlaku perselisihan faham antara dia dengan dua suspek berusia 14 dan 15 tahun itu.

"Kedua-dua suspek itu telah memukul mangsa dengan menggunakan kaki dan tangan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, pergaduhan itu dileraikan oleh seorang wanita yang melalui lokasi kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: