Judi Sungai Buloh: Siasatan penguat kuasa rasuah hampir selesai

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
A
A
A

KUALA LUMPUR - Siasatan kes rasuah membabitkan anggota penguat kuasa yang dipercayai melindungi premis perniagaan haram di sekitar Sungai Buloh kini berada pada peringkat terakhir.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat untuk tindakan susulan.

"Kita siasat kes itu dan ramai ditangkap. Siasatan kini berada di peringkat terakhir.

"Kita akan bawa perkara ini kepada Timbalan Pendakwa Raya yang akan meneliti keputusan seterusnya, ada yang mungkin dituduh," katanya dalam temu bual di MACCfm, hari ini.

Pada 8 Ogos lalu, tular satu video disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak berniat cetus kontroversi, Asri Janggut mohon maaf...

SPRM mendedahkan pihaknya menahan sembilan pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana dipercayai mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar kawasan Sungai Buloh.

SPRM mendedahkan, kumpulan penguat kuasa itu dilapor menerima antara RM300 hingga RM3,500 setiap bulan bagi melindungi sebuah premis di kawasan itu.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Kes judi Sungai Buloh: SPRM tahan pegawai MBSA

Pengarah penguatkuasa MBSA ditahan SPRM