6.4 juta rokok disorok dalam kotak kayu, tong sampah

Kastam mematahkan cubaan seludup rokok putih dalam operasi di Pelabuhan Klang Khamis lalu.
Kastam mematahkan cubaan seludup rokok putih dalam operasi di Pelabuhan Klang Khamis lalu.
A
A
A

KLANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menumpaskan sindiket penyeludupan rokok putih membabitkan cukai bernilai RM4.32 juta dalam operasi di Pelabuhan Klang di sini pada Khamis lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Johari Alifiah berkata, dalam operasi berkenaan sepasukan Unit Siasatan Dalaman (USD) bersama Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JKDM Pulau Pinang menahan sebuah kontena pada jam 10 pagi.

Menurutnya, barang dagangan itu diikrar sebagai barang lain yang sah, malah kesemua rokok dimuatkan dalam kotak kayu, tong sampah dan bungkusan guni bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Pemeriksaan di dalam kontena terbabit menemui kira-kira 6.4 juta batang rokok putih pelbagai jenama bernilai RM517,568 dan duti cukai terlibat dianggarkan berjumlah RM4.32 juta.

"Siasatan awal mendapati rokok itu dibawa masuk dari sebuah negara di Asia Timur dan kita percaya ianya untuk pasaran tempatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.

Artikel Berkaitan: