X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Guru SMK Taman Sea disahkan positif Covid-19

Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya disahkan positif Covid-19 hari ini. Foto: Sumber Internet.
A
A

SHAH ALAM - Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya disahkan positif Covid-19 hari ini.

Guru berkenaan merupakan kontak rapat kepada pesakit Covid-19 di Kelantan.

Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail, berkata guru tersebut didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan kali ketiga pada 5 Oktober lalu.

"Guru ini telah menjalani kuarantin diri sendiri sejak 30 September lalu namun untuk ujian saringan pertama dan kedua, guru ini didapati negatif.

"Dalam tempoh menunggu keputusan beliau menjalani kuarantin di rumah dan tidak hadir ke sekolah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu difahamkan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah mengarahkan semua murid dari kelas 1C,2K, 2B & 2J juga beberapa orang guru untuk kuarantin di rumah sementara menunggu ujian swab.

"Buat masa ini hanya kelas sahaja ditutup dan disanitasi.

"Kita sentiasa mengikuti nasihat yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung langkah selanjutnya selepas ini," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!