Giliran Shaqiri selepas Alcantara, Mane positif Covid-19

Shaqiri (dua kanan) ketika meraikan jaringan gol Liverpool pada saingan pusingan ketiga Piala Liga menentang Lincoln City di Stadium LNER pada 24 September lalu.
Shaqiri (dua kanan) ketika meraikan jaringan gol Liverpool pada saingan pusingan ketiga Piala Liga menentang Lincoln City di Stadium LNER pada 24 September lalu.
A
A
A

PEMAIN tengah Switzerland, Xherdan Shaqiri terpaksa melupakan hasrat membuat kemunculan pertama bersama skuad negaranya sejak Jun 2019 apabila disahkan positif Covid-19.

Menurut Persekutuan Bola Sepak Switzerland, pemain posisi sayap berusia 28 tahun itu kini menjalani kuarantin menyebabkannya terpaksa disisihkan aksi persahabatan menentang Croatia selain dua perlawanan Liga Negara-Negara UEFA bertemu Sepanyol pada Sabtu diikuti Jerman pada 13 Oktober.

Shaqiri yang menyertai Liverpool dari Stoke City pada 2018 sudah membuat penampilan dalam 31 perlawanan telah meledak tujuh gol bersama The Reds adalah pemain ketiga penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu yang positif pandemik berkenaan selepas Thiago Alcantara dan Sadio Mane.

Pada Jumaat lalu, The Reds mengesahkan Mane positif pandemik itu selepas beberapa hari virus berkenaan menjangkiti Alcantara yang menyebabkan kedua-dua tonggak Liverpool tersebut terlepas aksi liga menentang Aston Villa yang berkesudahan gergasi Inggeris diaibkan 7-2.

Artikel Berkaitan: