Maut dihempap balak

Gambar tular di media sosial.
Gambar tular di media sosial.
A
A
A

PEKAN - Kejadian pemandu lori balak maut dihempap kayu balak terjatuh dari lorinya berlaku di Matau Sri Makmur di sini, Ahad lalu.

Gambar kejadian menimpa mangsa berketurunan Orang Asli, Azaharin a/l Angir, 43 tular di laman sosial semalam selepas dimuat naik seorang pengguna Facebook.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 tengahari ketika mangsa sedang membuka rantai pengikat balak berkenaan untuk diturunkan.

Menurutnya, sebatang balak tiba-tiba terjatuh lalu menghempap mangsa.

"Mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat,"katanya.

Amran berkata, hasil bedah siasatan mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah ekoran kejadian dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Artikel Berkaitan: