X

Kindly register in order to view this article
!

YDP Dewan rakyat kemuka surat arah isi kekosongan Parlimen Batu Sapi

Surat rasmi kepada SPR mengenai kekosongan Parlimen Batu Sapi, Sabah. Gambar kiri: Azhar Azizan Harun
A
A

SHAH ALAM - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengesahkan pihaknya sudah mengemukakan surat pemberitahuan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berhubung kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober lalu.

Beliau berkata, surat tersebut adalah selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh itu selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, SPR hendaklah mengisi kekosongan luar jangka kerusi Parlimen tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR Malaysia ada kekosongan, "katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Vui Keong yang berusia 60 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu sejak 9 September lalu.

Jasad mendiang disemadikan di Nirvana Memorial Park, Telipok, Sabah semalam.

Mendiang yang berasal dari Kota Belud, dipilih sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu meninggalkan isteri, Datin Dr Lindai Lee dan empat anak.

ARTIKEL BERKAITAN:

Jasad mendiang Vui Keong disemadikan Isnin ini

Ahli Parlimen Batu Sapi meninggal dunia


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!