Mahkamah benar kes Hasanah dibicara secara tertutup

HASANAH
HASANAH
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan 11 saksi perbicaraan pecah amanah (CBT) membabitkan bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luaran Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid dibuat secara tertutup atau dalam kamera (in-camera).

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahril Mohd Salleh membenarkan permohonan itu setelah mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak semalam.

“Saya percaya tiada prasangka buruk daripada pihak pembelaan, oleh itu saya membiarkan permohonan 11 saksi didengar secara secara dalam kamera," katanya.

Prosiding dalam kamera merupakan perbicaraan di mana orang awam dan pihak media tidak dibenarkan masuk ke mahkamah atau mengikuti perjalanan perbicaraan.

Pada 21 September lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Iskandar Ahmad berkata, pihak pendakwaan memohon keterangan 11 daripada 37 saksi dibuat secara tertutup dengan alasan membabitkan isu keselamatan negara.

ARTIKEL BERKAITAN Representasi Hasanah ditolak

Keputusan permohonan keterangan 11 saksi secara tertutup

Bagaimanapun, peguam, Hamdan Hamzah yang mewakili Hasanah membantah permohonan itu dengan menyatakan bahawa ia akan memudaratkan anak guamnya.

Artikel Berkaitan:

Itu kerana katanya, tiada bukti yang menyokong bahawa keterangan saksi-saksi tersebut akan mengancam keselamatan negara.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Hasanah, yang merupakan Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, didakwa melakukan CBT dengan menyalahgunakan dana AS$12.1 juta (RM50.4 juta).

Hasanah didakwa melakukan kesalahan itu antara 30 April dan 9 Mei di pejabatnya di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Dia dibebaskan dengan jaminan RM500,000.