Wanita 103 tahun pulih Covid-19

Gambar fail menunjukkan seorang pesakit disyaki dijangkiti Covid-19 dihantar ke sebuah hospital di Ciuded Juarez, Mexico. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan seorang pesakit disyaki dijangkiti Covid-19 dihantar ke sebuah hospital di Ciuded Juarez, Mexico. - Foto AFP
A
A
A

BANDAR RAYA MEXICO - Sorang wanita Mexico berusia 103 tahun yang menderita penyakit kronik paru-paru akhirnya pulih daripada koronavirus (Covid-19), kata Institut Keselamatan Sosial negara itu pada Sabtu lalu.

Institut itu yang merupakan sebahagian sistem penjagaan kesihatan di Mexico berkata, wanita berkenaan yang hanya dikenalli sebagai Dona Maria telah

dimasukkan ke sebuah hospital selama 11 hari.

Dia disahkan positif virus Covid-19 dan walaupun mengalami penyakit paru-paru, wanita tersebut tidak mempunyai penyakit lain seperti diabetes, kegemukan atau tekanan darah tinggi.

"Maria tiada penyakit diabetes, kegemukan dan tekanan darah tinggi yang menyebabkan dia lebih cepat pulih daripada Covid-19," kata institut berkenaan dalam satu kenyataan.

Wanita itu dimasukkan ke sebuah hopsital daerah di Guadalajara, negeri Jalisco pada 22 September lalu kerana menghidap demam, masalah pernafasan dan hidung berair.

Bagaimanapun, dia tidak memerlukan bantuan pernafasan menggunakan ventilator.

"Dia amat gembira, waras, berbual dengan doktor-doktor. Malah pada akhirnya, dia menggesa kami untuk menjaga diri sendiri. Perkembangan dirinya amat baik.

Artikel Berkaitan:

Simpton-simpton penyakitnya sudah hilang," kata pengarah hospital berkenaan, David Sanchez.

Wanita itu kembali ke rumahnya pada Jumaat lalu.

Mexico mempunyai 757,953 pesakit dijangkiti dengan Covid-19 dan seramai 78,880 orang meninggal dunia akibat virus tersebut sejak Februari lalu.

Salah satu kes yang mengejutkan ialah seorang lelaki berusia 118 tahun di negeri Tabasco, tenggara Mexico yang didiagnosis dengan Covid-19 tetapi akhirnya pulih daripada virus tersebut. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Kumpulan pertama pesakit Covid-19 Hospital Tuanku Bainun sembuh