Malaysia tangguh penggunaan bahan bakar RON95-Euro 4M

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menangguhkan penggunaan petrol dan diesel berkualiti tinggi yang mengikut standard bahan bakar Eropah atau RON95-Euro 4M sehingga 1 Januari 2020, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, Malaysia sepatutnya mengguna pakai petrol RON95-Euro 4M pada Disember tahun lepas.

Katanya, perkara tersebut telah dibawa kepada pengetahuan Kabinet dan mendapat persetujuan untuk ditunda penggunaannya.

“Kita telah mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat minyak untuk kita melanjutkan tempoh penggunaannya di Malaysia sehingga 2020," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan masih belum bersedia untuk melaksanakan penggunaan bahan bakar RON95-Euro 4M kerana kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan perlu menumpukan kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Namun begitu, penangguhan (penggunaan RON95-Euro 4M) tidak akan berlarutan dengan terlalu lama kerana negara terikat dengan komitmen penjanjian antarabangsa yang memerlukan kita menyumbang kepada persekitaran yang lebih sihat,” tambahnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: