Patut fokus Kane bukan Sancho

Harry Kane
Harry Kane
A
A
A

Bekas bintang Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan kelab berkenaan sewajarnya berbelanja bagi mendapatkan bintang England dan juga Tottenham Hotspur, Harry Kane berbanding bintang Borussia Dortmund, Jadon Sancho.

Rooney berkata, jika skuad The Red Devils itu tetap mahu meneruskan usaha membawa masuk Sancho, mereka mungkin telah tersilap membuat keputusan menjelang tarikh tutup jendela perpindahan pemain kali ini.

"Biarpun saya mengakui Jadon Sancho sebagai seorang pemain yang baik, tetapi saya dapati ia agak ganjil untuk United membawa masuk pemain berkenaan ke Old Trafford.

"Saya tidak tahu mengapa, United membayar sejumlah wang bagi mendapatkan pemain berkenaan kerana mereka sebenarnya sudah pun ada pemain yang memiliki kualiti yang sama?

"United kini ada Marcus Rashford, Anthony Martial, Mason Greenwood dan oleh itu jika Sancho datang ke sini, dia hendak ke mana? Mungkin juga sukar baginya untuk mendapat tempat dalam kesebelasan pasukan nanti," katanya.

Untuk rekod, pengendali United Ole Gunnar Solskjaer dikatakan semakin memuktamadkan kehadiran bintang Uruguay, Edinson Cavani bagi perpindahan jangka pendek setelah khidmat pemain berusia 33 tahun tidak lagi diperlukan oleh Paris Saint-Germain.

Sementara itu, Rooney berkata, kelab seperti United sewajarnya membawa masuk pemain-pemain terbaik di dunia ketika ini ke Old Trafford.

Katanya, kehadiran pemain-pemain ini dilihat bakal membantu skuad The Red Devils itu dalam melakar lebih banyak kejayaan.

Artikel Berkaitan:

"United seharusnya cuba mendapatkan Harry Kane. Mungkin sukar untuk membawa Kane keluar dari Tottenham, tetapi ia tidak musthail.

"Selain itu kehadiran bintang muda seperti Erling Haaland dan juga penyerang hebat Robert Lewandowski akan membantu Rashford dan Martial ketika beraksi di padang," katanya.