Selangor lancar Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan

AMIRUDIN
AMIRUDIN
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor melancarkan program Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan bagi membantu pelajar yang terjejas susulan keputusan saat akhir penangguhan pendaftaran secara fizikal dan bersemuka.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri melalui Kaukus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muda Selangor dengan kerjasama Team Selangor, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mahasiswa Keadilan dan Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia akan menyalurkan bantuan awalan kepada pelajar terlibat.

"Program ini akan memfokuskan bantuan kepada tiga kategori antaranya pelajar di Selangor yang belajar di Selangor, pelajar dari negeri lain yang belajar di Selangor dan pelajar Selangor yang belajar di negeri lain.

"Ketika ini, kerajaan negeri dalam rangka mengumpulkan maklumat ke arah menyediakan tiga bentuk kemudahan iaitu pengangkutan kepada pelajar yang perlu pulang ke kampung, bantuan makanan dan pelitup muka serta pensanitasi tangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pelajar yang memerlukan bantuan boleh merujuk kepada pautan Borang Edaran TS Care Kit (IPTS): http://bit.ly/mdekatA dan Borang Bantuan Makanan Siswa Kampus Selangor (IPTA Sahaja) bagi proses permohonan serta maklumat tambahan.

"Kerajaan negeri berharap inisiatif ini dapat meringankan beban pelajar yang terkesan ketika ini," katanya.

Artikel Berkaitan: