Pengedar, penagih dadah di Sarawak terus diburu

No Image Caption
A
A
A

SERIAN - Polis Sarawak hari ini memberi amaran untuk memerangi masalah dadah habis-habisan dengan memburu pengedar serta penagih dadah di negeri itu sepanjang tahun ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Azman Yusof berkata, masalah dadah harus diperangi kerana penyalahgunaan bahan itu menjadi punca kepada kebanyakan jenayah lain.

“Kadang-kadang jenayah yang dilakukan itu tidak terfikir oleh kita. Saya akan arahkan semua ketua polis daerah (OCPD) untuk fokuskan masalah dadah ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Op Selamat 14 bersempena perayaan Tahun Baharu Cina, di Pekan Siburan dekat sini.

Tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’ menjadi pilihan operasi kali ini dengan matlamat menyedarkan masyarakat tentang keselamatan bukan sahaja di jalan raya tetapi juga kediaman ketika pulang ke kampung untuk menyambut perayaan. – Bernama

Artikel Berkaitan: