Tingkat keselamatan siber untuk bendung kegiatan godam

Kementerian sedang berusaha meningkatkan keselamatan siber secara berfasa untuk membendung kegiatan penggodam, penipu dan pencuri data peribadi. - Foto 123RF- Gambar kecil: Zahidi Zainul Abidin
Kementerian sedang berusaha meningkatkan keselamatan siber secara berfasa untuk membendung kegiatan penggodam, penipu dan pencuri data peribadi. - Foto 123RF- Gambar kecil: Zahidi Zainul Abidin
A
A
A

PADANG BESAR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang berusaha meningkatkan keselamatan siber secara berfasa untuk membendung kegiatan penggodam, penipu dan pencuri data peribadi.

Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, kes penipuan siber dan jenayah komersial yang direkodkan di seluruh Malaysia dilihat amat membimbangkan kerana ia bukan hanya melibatkan golongan kanak-kanak dan belia, malah golongan berjawatan tinggi, profesional serta berpendidikan tinggi.

Menurutnya, berdasarkan sumber Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 9,215 kes jenayah komersial direkodkan di seluruh Malaysia melibatkan nilai kerugian mencecah sebanyak RM717.2 juta bagi tempoh Januari hingga April.

“Jumlah penipuan siber yang diterima oleh CyberSecurity Malaysia untuk tempoh Januari hingga Ogos pula mencatatkan sebanyak 5,697 insiden berbanding 4,671 insiden pada tempoh sama pada tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 22 peratus,” katanya pada majlis penutup dan penyampaian sijil Seminar Keibubapaan Siber: Ke Arah Fasih Digital di Institut Kemahiran Mara (IKM) di sini hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: