Ismail Sabri, Hamzah antara penerima darjah kebesaran tertinggi Sabah

Ismail Sabri, Hamzah antara penerima darjah kebesaran tertinggi Sabah
Ismail Sabri, Hamzah antara penerima darjah kebesaran tertinggi Sabah
A
A
A

KOTA KINABALU - Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Timbalan Ketua Menteri II Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan akan menerima darjah kebesaran tertinggi Sabah, sempena Hari Jadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin esok.

Turut menerima darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong.

Istana Negeri Sabah menerusi kenyataan di sini malam ini memaklumkan mereka adalah antara 679 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sabah sempena Hari Jadi Rasmi Ke-67 Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman pula antara 33 dianugerahkan darjah kedua tertinggi negeri, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Turut menerima PGDK ialah Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor; Peguam Besar Sabah, Brenndon Keith Soh; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali serta legenda bolasepak Sabah mendiang Peter Rajah.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: