Isu Gunung Pulai : Mesyuarat gagal capai kata sepakat

Gunung Pulai - Gambar hiasan
Gunung Pulai - Gambar hiasan
A
A
A

BALING- Mesyuarat membincangkan isu kuari Gunung Pulai di antara wakil penduduk, pejabat tanah, syarikat, dan Adun di Hotel Baling Inn hari ini gagal mencapai kata sepakat.

Adun Bayu, Abd Nasir Idris berkata, tiada sebarang perkara dimuktamadkan dalam mesyuarat berkenaan.

Menurutnya, antara input pertemuan itu, pihak syarikat membuktikan kelulusan projek kuari di bawah zaman BN itu mengikut syarat dan piawaian.

"Tetapi kita mahu bukti lebih kukuh dan lengkap bagaimana operasi kuari boleh diluluskan di kawasan berhampiran penduduk.

"Kita mahu lihat dokumen pengesahan daripada semua jabatan kerajaan terlibat yang memberikan kelulusan bagi projek berkenaan. Mesyuarat hari ini tidak memutuskan sebarang keputusan," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, pihak syarikat turut membentangkan kaedah bagaimana projek itu akan dilaksanakan dan risikonya dapat diatasi.

"Mereka bercadang membawa penduduk melihat sendiri operasi kuari batu dijalankan kuari di Gopeng Perak dan dipersetujui wakil penduduk.

"Saya sebagai Adun akan berusaha sebaik mungkin mewakili suara penduduk mencari penyelesaian kepada isu ini,"katanya.

Artikel Berkaitan: