Kes meningkat: Elakkan salah menyalahi

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggesa semua pihak agar berhenti dan mengelakkan daripada salah menyalahi antara satu sama lain susulan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak.

Katanya, tanggungjawab memerangi Covid-19 perlu diharungi bersama dengan menjaga diri, keluarga, komuniti dan negara.

"Elakkan daripada salah menyalahi antara satu sama lain," katanya.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi kerajaan tidak mampu melawan Covid-19 bersendirian.

"Tanggungjawab besar ini terletak di bahu masyarakat tidak kira pangkat, latar belakang dan status," katanya.

Beliau berkata, trend peningkatan ini yang dikhuatiri KKM dan diperingatkan hampir setiap hari kepada semua pihak.

"Trend peningkatan jumlah kes dan kematian Covid-19 dilihat di seluruh dunia dengan kes mencecah 34.2 juta," katanya.

Beliau berkata, jumlah kes harian menunjukkan kenaikan iaitu sekitar 309,000 kes berbanding sebelumnya kira-kira 302,000 kes.

Artikel Berkaitan:

Peningkatan kes Covid-19 kebelakangan ini dikesan selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri Sabah, Sabtu lalu selain kemunculan beberapa kluster baharu.