Harga RON95, RON97 naik 3 sen

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 bagi 3 hingga 9 Oktober 2020 naik masing-masing tiga sen, mulai tengah malam ini.
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 bagi 3 hingga 9 Oktober 2020 naik masing-masing tiga sen, mulai tengah malam ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 bagi 3 hingga 9 Oktober 2020 naik masing-masing tiga sen, mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit RON95 dan RON97 naik kepada RM1.71 dan RM2.01 seliter.

Sementara itu, harga runcit diesel turun satu sen kepada RM 1.70 seliter.

Kenyataan itu turut memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Artikel Berkaitan: