X

Kindly register in order to view this article
!

Sasar RM100 bilion nilai jualan Program Jualan Malaysia

Rosol (kanan) melawat pasar raya Hero Market selepas merasmikan KBBM peringkat Pasaraya Hero Market di Putrajaya kelmarin.
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyasarkan nilai jualan sehingga RM100 bilion bagi Program Jualan Malaysia (PJM).

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, setakat ini nilai jualan mencapai hampir RM50 bilion.

"Sasaran kita menjelang akhir tahun ini adalah sebanyak RM100 bilion. Kami komited nilai sasaran tersebut dapat dicapai susulan pelbagai inisiatif dan program diatur termasuk Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (KBBM).

"Setakat hari ini, sebanyak 3,413 outlet peruncit utama telah mengambil bahagian dalam kempen KBBM," katanya selepas merasmikan KBBM peringkat Pasaraya Hero Market di sini kelmarin. Hadir sama, Pengarah Hero Market Malaysia, Francis Teng.

Menurutnya, peningkatan penyertaan disebabkan peruncit yakin terhadap usaha kerajaan yang bekerja keras membantu merancakkan kegiatan ekonomi domestik.

"Saya menggesa lebih banyak syarikat pengeluar barangan tempatan dan pemborong untuk menyertai kempen ini seperti mengadakan jualan gudang dengan menawarkan barangan harga rendah," katanya.

Pelaksanaan KBBM dipelbagaikan dengan pelbagai program, antaranya penganjuran jelajah karnival dan ekspo jualan, promosi dan pengiklanan melalui pelbagai medium serta kerjasama dengan penyelia perkhidmatan atas talian bagi memudahkan pembelian berikutan pandemik koronavirus (Covid-19) masih belum reda.

Kerjasama lain yang dilaksanakan bagi membantu produk tempatan adalah dengan menyenaraikan produk-produk tempatan di pasar raya besar dan pasar raya serta dikecualikan daripada dikenakan kadar yuran penyenaraian (listing fees).

Setakat ini, Hero Market yang mempunyai sebanyak 28 outlet merupakan salah satu pasar raya yang menyokong KBBM.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!