Faizal Saari kembali sertai latihan Malaysian Tigers

Arul (kiri) ketika sidang media hari ini.
Arul (kiri) ketika sidang media hari ini.
A
A
A

PENYERANG sensasi Faizal Saari dan tujuh muka baharu adalah antara 38 pemain yang dipanggil menyertai latihan skuad hoki kebangsaan bermula Isnin ini.

Selain Faizal, muka baharu yang tersenarai adalah Muhamad Shafie Sahrom, Syarman Mat Tee, Syarman Mat Tee, Muhammad Fakhri Ardillah Abdullah, Pavandip Singh Gurdip Singh, Syamil Azim Dzulkafly, Nur Rahul Hrisikesa Mohd Murni Tatchana.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak ketika mengumumkan senarai itu berkata, kesemua pemain dipilih selepas melihat prestasi mereka ketika saingan Piala Tun Abdul Razak yang berlangsung dari 18 hingga 26 September lalu.

Beliau berkata prestasi semua pemain akan dipantau barisan kejurulatihan diketuai Arul Selvaraj selama empat minggu sebelum menyenaraikan 25 pemain untuk dikekalkan dalam skuad Malaysian Tigers sehingga bermula saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2021.

Pemain lain yang turut dipanggil Fitri Saari, Muhamad Ramadan Rosli, Muhamad Shafie Sahrom dan penjaga gol Muhammad Hafizuddin Othman serta tiga pemain yang tidak beraksi pada Piala Tun Abdul Razak kerana kecederaan - Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad, Muhammad Aminuddin Mohd Zain dan Mohd Faid Farhad Mohamad Shah manakala Muhammad Firhan Ashaari baharu kehilangan anak.

Sementara itu, Arul menjelaskan bahawa pemilihan pemain dengan purata umur 25.3 tahun itu dibuat berdasarkan kriteria seperti kemampuan bermain, kecergasan dan sikap kebertanggungjawaban dalam pasukan.

Katanya, Faizal dipilih selepas pemain berusia 29 tahun itu membuktikan kemampuannya dengan muncul sebagai penjaring terbanyak Piala Tun Abdul Razak serta membantu Terengganu muncul naib juara.

“Keputusan saya dibuat berdasarkan prestasinya dan perbincangan dengan beliau. Mesej yang diberikannya adalah mahu kembali menyarung jersi kebangsaan dan berikan 100 peratus komitmen,” katanya pada sidang media di Stadium Hoki Nasional di sini,hari ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pengurus pasukan Datuk Mirnawan Nawawi berkata pihaknya memerlukan empat minggu untuk memilih barisan 25 pemain kerana tempoh seminggu saingan Piala Tun Abdul Razak tidak cukup untuk menilai prestasi pemain.

SENARAI PEMAIN

Penjaga Gol:

Muhammad Zaimi Mat Deris, Adrian Andy Albert, Mohammad Hairi Abdul Rahman, Muhammad Hafizuddin Othman, Muhamad Shafie Sahrom.

Pertahanan:

Muhammad Razie Abdul Rahim, Muhammad Marhan Mohd Jalil, Muhammad Najmi Farizal Jazlan, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan, Muhammad Najib Abu Hassan, Syarman Mat Tee, Muhammad Arif Syafie Ishak, Muhammad Azri Hassan, Zulpidaus Mizun, Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad, Muhammad Aminuddin Mohd Zain.

Pemain Tengah:

Faiz Helmi Jali, Meor Muhammad Azuan Hassan, Mohamad Ashran Hamsani, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, Muhammad Fakhri Ardillah Abdullah, Mohd Fitri Saari, Muhammad Hafiz Zainol, Shello Silverius, Norsyafiq Sumantri, Muhamad Ramadan Rosli, Pavandip Singh Gurdip Singh, Harvinder Singh Makbul Singh, Mohd Faid Farhad Mohamad Shah.

Penyerang:

Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, Muhammad Haziq Samsul, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal, Faizal Saari, Muhammad Nor Firdaus Rosdi, Syamil Azim Dzulkafly, Muhammad Shahril Saabah, Nur Rahul Hrisikesa Mohd Murni Tatchana, Muhammad Firhan Ashaari.