X

Kindly register in order to view this article
!

Seri Negeri tutup, seorang ADUN dipercayai positif

Pintu masuk utama Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh di sini, ditutup selepas seorang wakli rakyat dpercayai positif Covid-19.
A
A

MELAKA - Kompleks pentadbiran kerajaan negeri di Seri Negeri Ayer Keroh, di sini, diarah tutup selepas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini dipercayai positif koronavirus (Covid-19).

Kakitangan dan orang awam yang sedang berurusan di bangunan kerajaan tersebut diminta untuk mengosongkan serta-merta bangunan tersebut kira-kira jam 1 petang bagi membolehkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan proses sanitasi.

Difahamkan wakil rakyat dalam Parlimen Masjid Tanah itu datang ke bangunan terbabit semalam untuk menyelesaikan beberapa urusan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, beberapa kenderaan yang ingin memasuki bangunan terbabit juga tidak dibenarkan dan dimaklumkan oleh pengawal keselamatan yang bertugas di pintu masuk utama mengatakan atas arahan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) segala program dan urusan pada hari ini ditangguhkan dan bangunan itu akan beroperasi seperti biasa esok.

Seorang pengawal keselamatan memaklumkan kepada orang awam bahawa segala urusan di bangunan kerajaan itu ditangguhkan dan akan beroperasi seperti biasa esok.
Seorang pengawal keselamatan memaklumkan kepada orang awam bahawa segala urusan di bangunan kerajaan itu ditangguhkan dan akan beroperasi seperti biasa esok.

Sementara itu, Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman ketika dihubungi berkata, sebarang makluman rasmi akan dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam sidang media harian petang ini.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa keping gambar sepasukan bomba memakai pakaian perlindungan diri (PPE) menjalankan proses sanitasi di Seri Negeri.

Jurucakap JBPM negeri berkata, sanitasi yang dilakukan di bangunan terbabit atas permintaan kerajaan negeri dan menganggap ia hanyalah proses biasa.

Dalam pada itu, usaha untuk menghubungi ADUN berkenaan mengenai dakwaan tersebut gagal dan menunggu pengesahan daripada KKM.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!