X

Kindly register in order to view this article
!

Johor perangi fahaman Hizbut Tahrir

Tosrin (tengah) bersama Yahaya (kiri) dan Md Rofiki menunjukkan warta fahaman Hizbur Tahrir yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar Johor Bahru hari ini.
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan memerangi fahaman Hizbut Tahrir selaras dengan fatwa yang diwartakan menyatakan ia bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, pihaknya juga tegas dengan pendirian tidak mengadakan sebarang pertemuan dengan mana-mana pihak daripada Hizbut Tahrir Malaysia (HTM).

"Tiada asas untuk bertemu dengan HTM kerana mereka bukan pertubuhan yang berdaftar, jadi kita anggap mereka pertubuhan haram.

"Selain itu, HTM difatwakan sebagai pertubuhan yang bercanggah dengan ajaran Islam dan perlu dielakkan dan tidak boleh disebarkan.

"Sekiranya kita bertemu dengan mereka seolah-olah kita memberi pengiktirafan kepada mereka. Kalau berjumpa atas nama individu kita terima, tetapi kalau berjumpa atas nama HTM, kita tidak terima," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai Fatwa Kedudukan Fahaman Hizbut Tahrir di Pusat Islam Iskandar Johor Bahru di sini hari ini.

Hadir sama, Mufti Johor Datuk Yahaya Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Md Rofiki A Samsudin.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung sidang akhbar HTM secara Facebook Live selepas memorandum bantahan yang hendak diserahkan ditolak Jabatan Mufti Johor pada Ahad lalu.

"Pada Ahad lalu, satu kumpulan mendakwa daripada HTM gagal menyerahkan memorandum kepada Jabatan Mufti Johor mereka telah membuat sidang media secara langsung melalui Facebook HTM.

"Pada sidang akhbar itu, HTM menyatakan satu memorandum bantahan kepada Jabatan Mufti Johor berhubung fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang penuh dengan fitnah, pembohongan, pemesongan fakta dan kekeliruan," katanya.

Sehingga kini, seorang pemimpin kanan HTM di Johor berusia lingkungan 40 tahun masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Syariah selepas ditahan memberi ceramah tanpa tauliah pada Julai tahun lepas di sebuah pusat penyebaran di Taman Flora Skudai.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!