Bung Moktar mulakan tugas rasmi di Kementerian Kerja Raya

Bung diiringi Richard (kanan) ketika memasukkan kad perakam waktu di Pejabat Kerja Raya di Sembulan, Kota Kinabalu hari ini.
Bung diiringi Richard (kanan) ketika memasukkan kad perakam waktu di Pejabat Kerja Raya di Sembulan, Kota Kinabalu hari ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Bung Moktar Radin memasukkan kad perakam waktu pada 9.57 pagi sebagai tanda beliau memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Kerja Raya di Kementerian Kerja Raya Sabah di sini hari ini.

Beliau yang tiba di pejabat Kerja Raya, Sembulan difahamkan turut menghadiri taklimat bersama kakitangan kementerian itu.

Turut menyambut beliau ialah Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil.

Bung Moktar menghadiri taklimat di Pejabat Kerja Raya, Sembulan di Kota Kinabalu hari ini.
Bung Moktar menghadiri taklimat di Pejabat Kerja Raya, Sembulan di Kota Kinabalu hari ini.

Terdahulu, Bung Moktar dilantik sebagai Menteri Kerja Raya selepas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Hajiji Noor mengumumkan pertukaran potfolio antara Bung Moktar dan Datuk Seri Masidi Manjun pada sidang media di Pejabat Ketua Menteri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), semalam.

Tiga jam sebelum itu, Bung Moktar hadir di Istana Negeri bagi mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Artikel Berkaitan: