X

Kindly register in order to view this article
!

Suspek curi kereta di stesen minyak diberkas

Aksi suspek mendekati kereta mangsa berjaya dirakam CCTV sebelum rakaman itu dimuatnaik nerizen dan tular di laman sosial Facebook, sejak semalam.
A
A

TEMERLOH - Seorang lelaki diberkas polis kira-kira enam jam selepas melarikan kereta milik seorang pelajar di sebuah stesen minyak di Mentakab di sini pagi semalam.

Suspek berusia 27 tahun itu ditahan bersama kenderaan curi jenis Toyota Corolla yang dicuri kira-kira jam 1 petang di Subang Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, suspek dikenal pasti berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan tangkapan dibuat hasil bantuan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya sebelum suspek berjaya ditahan.

"Suspek yang mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah dan penyalahgunaan dadah itu dibawa ke IPD Temerloh untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut berhubung kejadian itu, Mohd Yusri berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.55 pagi ketika mangsa berusia dalam lingkungan 20-an sedang mengisi minyak di pam tanpa mematikan enjin kenderaan.

Menurutnya, suspek masuk ke dalam kereta tersebut dan disedari mangsa selepas kenderaan itu bergerak.

"Mangsa cuba masuk ke dalam kereta itu untuk menghalang suspek namun gagal selepas terjatuh. Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan," katanya.

Beliau berkata, suspek kemudian memecut kereta tersebut ke arah Jerantut.

"Berdasarkan semakan CCTV di tempat kejadian mendapati suspek datang ke lokasi itu menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dan meletakkannya di tempat letak kenderaan di bahagian belakang stesen minyak berkenaan.

"Suspek kemudian keluar dan menuju ke arah kereta mangsa sebelum bertindak nekad melarikannya,"katanya.

Kejadian itu tular di media sosial sejak petang semalam selepas rakaman CCTV memaparkan aksi kejadian dikongsi netizen melalui Facebook.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!