4 lelaki direman kes tembak di Rantau Panjang

Tiga beradik direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Tiga beradik direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
A
A
A

PASIR MAS - Empat lelaki termasuk tiga beradik direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret berkuatkuasa hari ini.

Tahanan reman itu bagi membantu siasatan berhubung kes melepaskan tembakan di cadang tiga Kampung Bagus, Rantau Panjang semalam.

Perintah Reman Dikeluarkan Oleh Majistret Muhammad Yusoff Abdullah

Kesemua suspek yang direman itu berusia antara 22 hingga 47 tahun.

Terdahulu, empat lelaki itu dibawa ke Mahkamah Pasir Mas pada jam 9 pagi dengan menggunakan kereta polis.

Tiga beradik berusia antara 22 hingga 26 tahun direman untuk siasatan mengikut Seksyen Seksyen 3 dan 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Lelaki berusia 47 tahun turut direman.
Lelaki berusia 47 tahun turut direman.

Sementara lelaki berusia 47 tahun disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh premis.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian semalam melaporkan, penduduk dikejutkan dengan bunyi tiga das tembakan yang dilepaskan di hadapan sebuah rumah di cabang tiga Kampung Bagus.

Bunyi tembakan itu disedari oleh penduduk sekitar jam 9.45 pagi.

Sebanyak tiga kelongsong peluru bersaiz 9 milimiter (mm) ditemui di lokasi kejadian.

Selain itu, kesan titisan darah turut ditemui di lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga das tembakan 'gegarkan' Rantau Panjang