Tiga das tembakan 'gegarkan' Rantau Panjang

Polis sedang melakukan siasatan di tempat kejadian.
Polis sedang melakukan siasatan di tempat kejadian.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Penduduk di sekitar cabang tiga Kampung Bagus di sini hari ini dikejutkan dengan bunyi tiga das tembakan yang dilepaskan di kawasan berkenaan.

Tembakan itu dipercayai dilepaskan sekitar jam 9.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kes tersebut sedang dilakukan.

"Kita telah temui tiga kelonsong peluru di kawasan berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan: