ADUN GRS tiba di Istana Negeri Sabah

Bung Moktar melambaikan tangan kepada petugas media sebaik tiba di pintu masuk Istana Negeri Sabah untuk Majlis Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri baharu pagi ini.
Bung Moktar melambaikan tangan kepada petugas media sebaik tiba di pintu masuk Istana Negeri Sabah untuk Majlis Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri baharu pagi ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mula kelihatan tiba di Istana Negeri Sabah seawal jam 9.30 pagi.

Ketibaan mereka di Istana Negeri Sabah adalah bagi menghadiri Majlis Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri baharu yang dijangka bermula jam 10.30 pagi ini.

Antara yang kelihatan tiba adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan beberapa ADUN lain.

Turut kelihatan tiba bagi menghadiri Istiadat itu adalah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beberapa ADUN daripada GRS hadir di Istana Negeri Sabah untuk Majlis Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri baharu pagi ini.
Beberapa ADUN daripada GRS hadir di Istana Negeri Sabah untuk Majlis Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri baharu pagi ini.

Semalam, Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin telah menyerahkan watikah pelantikan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Sejurus selepas majlis angkat sumpah Ketua Menteri berlangsung, Hajiji dijangka mengadakan sidang akhbar di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) pagi ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hajiji dipanggil menghadap TYT Sabah

Artikel Berkaitan:

Pelantikan Hajiji dibuat secara konsensus, kata Annuar Musa

Bung sokong Hajiji jadi KM Sabah