X

Kindly register in order to view this article
!

Program KPT-CAP dijamin peluang pekerjaan

Muhyiddin (duduk, tengah) hadir pada Majlis Pelancaran Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Kementerian Pengajian Tinggi- Career Advancement Programme (KPT-CAP) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM hari ini. -Foto Bernama
A
A

BANGI - Graduan yang menyertai Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) Kementerian Pengajian Tinggi - Career Advancement Programme (KPT-CAP) diberi jaminan akan memperoleh peluang pekerjaan selepas berjaya menamatkan kesemua kursus yang ditetapkan dalam program tersebut.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program yang julung kali diperkenalkan itu bagi menangani isu kebolehpasaran graduan dengan sejumlah RM100 juta diperuntukkan.

Menurutnya, kursus yang ditawarkan dalam program itu juga sebenarnya direka mengikut kehendak dan keperluan yang ditetapkan oleh syarikat yang bakal mengambil graduan tersebut sebagai pekerja mereka.

"Contohnya kursus Smart Trucker. Kandungan pengajaran dalam kursus ini direkabentuk berdasarkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh syarikat logistik yang mengeluarkan ‘Letter of Commitment’ (LOC) kepada KPT.

"Justeru, habis sahaja tempoh kursus, graduan tadi akan ditawarkan untuk bekerja dengan syarikat logistik tersebut.

"Saya difahamkan setelah pelancaran program ini, graduan-graduan sudah boleh memohon program KPT-CAP ini melalui portal Graduates Reference Hub for Employment and Training atau GREaT yang disediakan oleh pihak KPT," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran KPT-CAP di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Muhyiddin Yassin berbual sesuatu bersama Tengku Zafrul dan Noraini (kanan) pada Majlis Pelancaran Penjana Kementerian Pengajian Tinggi- Career Advancement Programme (KPT-CAP) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM hari ini. -Foto Bernama
Muhyiddin Yassin berbual sesuatu bersama Tengku Zafrul dan Noraini (kanan) pada Majlis Pelancaran Penjana Kementerian Pengajian Tinggi- Career Advancement Programme (KPT-CAP) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM hari ini. -Foto Bernama

Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, graduan juga perlu melihat usahawan sebagai salah satu cabang kerjaya berpotensi besar yang boleh diterokai.

Katanya, bidang keusahawanan bukan sahaja menawarkan penjanaan pendapatan tetapi sebagai 'ob creator' iaitu berupaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang lain melalui perniagaan yang dijalankan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!