X

Kindly register in order to view this article
!

Berita lama yang ditularkan semula

Dr Aman Rabu. Foto lampiran: Berita tular di media sosial hari ini mendakwa Kulai diisytiharkan sebagai zon merah.
A
A

JOHOR BAHRU - Dakwaan daerah Kulai diisytiharkan sebagai zon merah Covid-19 yang tular di laman sosial hari ini merupakan berita lama yang ditularkan semula.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu menerusi pesanan ringkasnya berkata, makluman yang tular itu merupakan berita yang pernah disiarkan pada bulan April lalu.

Beliau berkata, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan akan mengeluarkan kenyataan berkaitan penafian berita tular tersebut.

Sejak pagi tadi, tular berita yang dimuat naik dalam laman sosial mengenai laporan sebuah rangkaian televisyen swasta bahawa Kulai diisytiharkan sebagai zon merah.

Pada 17 April lalu, daerah Kulai diisytiharkan sebagai zon merah apabila mencatatkan 41 kes positif Covid-19 ketika itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!