X

Kindly register in order to view this article
!

Kontrak 2,070 MO, pergigian dan farmasi dilanjutkan

Dr Adham Baba
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan (KKM) menerima kelulusan menyambung kontrak secara one-off untuk 2,070 orang pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi bagi tempoh enam bulan lagi.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan pada 18 September lalu telah bersetuju meluluskan penyambungan kontrak secara one-off enam bulan lagi bagi penjawat berkenaan.

Beliau berkata, kelulusan itu sebagai tambahan kepada kontrak enam bulan sedia ada yang diberikan sebelum ini.

"Kelulusan itu melibatkan 79 Pegawai Perubatan (yang telah melengkapkan khidmat wajib sahaja kerana mengikuti latihan siswazah di luar negara), 852 Pegawai Pergigian dan 1,139 Pegawai Farmasi yang menamatkan latihan/khidmat wajib.

"Jumlah peruntukan bagi penyambungan kontrak ini adalah RM81juta yang ditanggung menerusi peruntukan Kumpulan Wang Covid-19 (Tabung Covid-19)," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Tambahnya, penyambungan kontrak tersebut merupakan manifestasi keprihatinan kerajaan bagi membolehkan pegawai meneruskan penyampaian perkhidmatan di fasiliti kesihatan di bawah KKM.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!