Dua rakan pakar proses dadah ditahan

Chong Chern menunjukkan pelbagai jenis dadah yang dirampas dari pasangan terbabit.
Chong Chern menunjukkan pelbagai jenis dadah yang dirampas dari pasangan terbabit.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Dua rakan ditahan dan pelbagai jenis dadah bernilai RM37,752 dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di sini malam Rabu lalu.

Pembaiki pendingin hawa berusia 35 tahun dan rakan wanitanya berusia 29 tahun ditahan selepas dipercayai menjadikan kediaman berkenaan sebagai lokasi memproses dadah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Lee Chong Chern berkata, ketika serbuan pada jam 8.30 malam itu kedua-dua suspek berada di dalam sebuah bilik dan pemeriksaan menemui 507 gram dadah pelbagai cecair perisa serta peralatan untuk memproses dadah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek mempunyai kepakaran memasak dan memproses dadah selain aktif sejak lapan bulan lalu dengan mensasarkan pasaran di pusat hiburan sekitar negeri ini.

"Modus operandi mereka membungkus semula dadah yang diproses dalam pek minuman antaranya minuman tiga dalam satu bagi memudahkan pelanggan mereka membancuh semula dadah berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di sini tadi.

Beliau berkata, dadah yang dimasukkan dalam pek asal minuman itu bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa supaya tidak mengesyaki kegiatan mereka selain untuk pelanggan tetap di pusat hiburan.

"Setiap pek minuman tersebut dijual pada harga antara RM100 hingga RM200 berdasarkan jenis dadah yang diisi dalam pek berkenaan.

Kesemua dadah tersebut boleh menampung 1,983 penagih dadah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Chong Chern memberitahu, kedua-duanya suspek juga positif dadah dan mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah

"Mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya1952," katanya.

Artikel Disyorkan