Jahid hantar dokumen sokongan sesiapa jadi Ketua Menteri

Jahid yang keluar dari Istana Negeri selepas menyampai dokumen sokongan kepada pentadbiran Istana.
Jahid yang keluar dari Istana Negeri selepas menyampai dokumen sokongan kepada pentadbiran Istana.
A
A
A

KOTA KINABALU - Setiausaha Agung PBS, Datuk Jahid Jahim mewakili kumpulan Gabungan Rakyat Sabah terdiri daripada 41 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menghantar dokumen yang mengandungi sokongan kepada individu yang dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu kepada pentadbiran Istana Negeri.

Beliau berkata, dokumen itu dihantar untuk pertimbangan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

"Saya mewakili kumpulan GRS menyampaikan kepada pihak pentadbiran Istana untuk menghantar dokumen mengandungi sokongan sepenuhnya kepada sesiapa yang dicadangkan untuk pertimbangan TYT," katanya kepada pemberita selepas kira-kira 13 minit keluar dari Istana Neger, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, bakal Ketua Menteri hanya akan diketahui apabila upacara angkat sumpah dilaksanakan.

"Itu serahkan kepada TYT. Perbincangan lain lancar dan selesai sebab itu kita hantar semua wakil rakyat GRS dan telah diterima pentadbiran Istana untuk TYT sempurnakan masa ditetapkan," katanya.

Terdahulu, ketika diminta mengulas nama selain Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Hajiji Noor yang disebut sebagai bakal Ketua Menteri, beliau menyerahkan keputusan kepada istana.

"Itu terpulang... Lepas ini kita rehat menunggu masa yang ditentukan TYT. Pihak istana akan hubungi.

"InsyaALLAH bersedia bila-bila istana panggil kita bersedia. Yang penting, satu kesepakatan, dua tenang, harmonis, kesepakatan," katanya.

Artikel Berkaitan: